Dalam usaha untuk terus memperluaskan perkhidmatan 4G mereka, kini Packet One Networks ataupun yang mana turut dikenali sebagai P1 telah pun menandatangani perjanjian bersama-sama dengan pihak SBC yang berada dibawah Persatuan Penyedia Infrastruktur Telekomunikasi (PPIT).
Bagi yang tidak kenali SBC, ianya menyediakan perkhidmatan penyewaan dan perkongsian menara telekomunikasi, dimana melalui perjanjian ini, P1 mendapat akses ke menara telekomunikasi di Terengganu, Johor, Kelantan, Selangor, Perak, Perlis, Kedah dan juga Negeri Sembilan.
Ianya juga sekaligus memudahkan P1 untuk terus memperluaskan liputan mereka di Malaysia, yang mana kini hanya meliputi sebanyak lebih kurang 45% daripada penduduk negara. P1 mensasarkan untuk meliputi lebih daripada 65% penduduk negara menjelang tahun 2012.