Cari @ Amanz

Pembangun Ubuntu sering menguji dan memperkenalkan perkara baru melalui sistem operasi mereka. Dan terkini, seperti pernah diperkatakan sebelum ini, versi pembangunan Ubuntu 11.10 memperlihatkan yang mana mereka menguji skrin log masuk yang serba baru dan menarik padanya.

Tema baru ini telah pun diperkenalkan pada versi pembangunan Ubuntu 11.10 sebelum ini. Namun ianya baru sahaja diaktifkan sebagai tema log masuk utama pada versi pembangunan tersebut.

Mungkin dalam selepas ini, kita akan dapat melihat lebih banyak perkara baru pada Oneiric Ocelot dari semasa ke semasa. Sama-sam kita nantikan pelancaran Ubuntu 11.10 ini pada bulan Oktober kelak.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd