Cari @ Amanz

Selain daripada kemaskini Google Panda, pada masa yang sama, Google turut sama telah mengemaskini carian sosial pada enjin carian mereka, dimana kini, ianya turut sama menyertakan kemaskini daripada laman sosial Google sendiri, iaitu Google+.

Walaubagaimanapun, kemaskini yang kelihatan hanyalah kemaskini yang dilabelkan sebagai umum, dan yang lainnya tidak diperlihatkan melalui carian sosial mereka. Ianya juga hanya diperlihatkan sekiranya anda telah sedia log masuk ke akaun Google, dan memperlihatkan hasil carian yang mana berkait dengan yang dikongsikan oleh rakan-rakan anda di Google+.

Buat masa ini, mungkin semua belum dapat melihatnya, dan Google mengatakan yang mana ianya akan diperkenalkan secara berperingkat dalam hari-hari akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd