Cari @ Amanz

Nampaknya, melalui Firefox 8, selain mengoptimasikan lagi penggunaan memori, Mozilla juga turut sama membawakan sokongan sekuriti yang lebih bagus, dimana kini para pengguna boleh mengawal pemasangan add-on daripada pihak ketiga dengan mudah setiap kali ianya akan dipasang.

Sebelum ini, pemasangan setiap add-on lebih bersifat automatik, dan para pengguna tidak ketahui sepenuhnya apa yang dipasang. Menurut Mozilla, kadang-kala pemasangan add-on oleh pihak ketiga turut sama melibatkan pemasangan pelbagai perkara lain, yang mana sekaligus mengurangkan prestasi dan penggunaan Firefox itu sendiri.

Melalui Firefox 8, pelayar web tersebut boleh ketahui sekiranya sesuatu add-on dipasang, dan ianya akan meminta kebenaran daripada pengguna terlebih dahulu sebelum memasangnya. Buat masa ini, Firefox 8 masih lagi pada saluran Nightly, dan dijangka akan beralih ke saluran Aurora pada minggu hadapan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd