Cari @ Amanz

Bersempena dengan bulan puasa ini, salah satu perkara yang disertai ramai oleh penduduk semua kaum adalah berkunjung ke bazar ramadan. Menariknya, kini sebuah web khas diperkenalkan, membolehkan para pengguna berkongsi lokasi bazar ramadhan berdekatan dengan mereka, selain pada masa yang sama melihat bazar ramadhan di lokasi-lokasi lain.

Selain daripada itu, bertambah menarik lagi adalah dimana ianya turut sama memperlihatkan apakah tarikan utama pada bazar ramadhan disesuatu lokasi, serta bilangan gerai disana, serta struktur harga yang dikenakan peniaga. Para pengguna juga turut sama boleh menggunakan sokongan geolokasi untuk melihat bazar berdekatan dengan kedudukan mereka terus melalui pelayar web.

Para pengguna pada masa yang sama turut boleh menyumbang padanya dengan mudah, iaitu dengan menggunakan akaun Facebook. Selain daripada itu, peta yang diperlihatkan pada laman tersebut juga menggunakan data daripada Bing Maps.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd