Carian
Mozilla Memperkenalkan Butang Daftar Masuk Bersebelahan Bar URL
August 14, 2011 Aman

Selain daripada menguji cara log masuk serba baru menggunakan BrowserID, kini Mozilla juga turut sama memperkenalkan sebuah add-on khas yang masih lagi dalam peringkat ujian, yang mana membawakan butang daftar masuk kesesuatu akaun bersebelahan dengan alamat URL laman tersebut.

Menariknya mengenai perkara ini adalah dimana, dengan kini lebih banyak laman mengintegrasikan sokongan akaun Facebook dan Twitter, kini para pengguna boleh melihat samada mereka mendaftar masuk kesesuatu laman itu ataupun tidak dengan hanya melihat bahagian bar URL. Mereka juga boleh mendaftar keluar dengan mudah, dengan hanya satu klik sahaja.

Mungkin ini merupakan sebahagian daripada ujian mereka. Perkara ini juga mungkin kelak akan menjadi trend dikalangan pembangun pelayar web, dimana kini Google turut sama menguji Google Profiles pada pelayar web Chrome mereka.

Komen