Laman UltrasMalaya Digodam Pengodam Singapura

Laman UltrasMalaya Digodam Pengodam Singapura

Diterbitkan pada Ogos 14, 2011 oleh .

Jikalau sebelum ini ianya dilihat yang mana beberapa laman Singapura diserang, beserta dengan pengubahan pada halaman WikiPedia Singapura, kini laman Malaysia pula menjadi mangsa, dimana laman penyokong tempatan, iaitu UltrasMalaya.net digodam oleh pengodam Singapura.

Melalui halaman UltrasMalaya, pengodam meninggalkan pesanan, dimana laman tersebut telah digodam berikutan dengan para penyokong tempatan yang telah mengodam beberapa laman Singapura, lanjutan daripada perlawanan bolasepak antara Malaysia dan Singapura baru-baru ini.

Buat masa ini, laman UltrasMalaya tidak dapat diakses, dan mungkin dalam proses mengembalikannya semula.

Tips awal daripada SoyaCincau


TIPS & ULASAN