Cari @ Amanz

Facebook Kini Memperlihatkan Nostalgia Melalui Kemaskini Status Dari 2010 Dan 2009

Oleh Aman

Link Copied!

Sebelum ini, Facebook telah pun memperlihatkan kemaskini status yang lama oleh rakan-rakan pada bahagian tepi laman sosial mereka, dan kini nampaknya fungsi tersebut dibawa ketahap yang lebih tinggi, dimana kini Facebook memperlihatkan kemaskini status pada tarikh yang sama pada tahun lepas.

Menariknya, ianya turut sama diperlihatkan dengan pautan Show More, dimana melaluinya para pengguna boleh melihat lebih daripada satu kemaskini status pada tarikh yang sama pada tahun lepas, ataupun dua tahun lepas.

Ini sekaligus membawakan salah satu pengalaman menarik, dan nostalgia kepada para penggunanya. Facebook diperkatakan sedang menguji fungsi ini, dan sedang memperkenalkannya secara berperingkat buat masa ini.


Komen ()