Faces.my Beta Bakal Dilancarkan Pada Bulan Oktober

Faces.my Beta Bakal Dilancarkan Pada Bulan Oktober

Diterbitkan pada Ogos 14, 2011 oleh .

Seperti sedia maklum, laman Faces.my bakal dilancarkan sekitar bulan November kelak. Namun menariknya, kini melalui kemaskini terbaru mereka, pihak pembangun Faces.my telah pun memperlihatkan perkembangan yang menarik, dan kini mereka mensasarkan untuk pelancaran beta pertama seawal bulan Oktober kelak sekiranya semuanya berjalan lancar.

Faces membawakan suatu konsep yang amat menarik sekali, dimana melalui laman tersebut, ianya akan membawakan dan memfokuskan kepada pencarian dan penemuan freelancer tempatan, mahupun antarabangsa dengan mudah.

Sehingga kini, info berkaitan dengannya masih lagi samar-samar, dan mungkin kita semua akan mendapat info lanjut berkaitan dengannya sebaik sahaja pembangunan dan pelancaran beta mereka pada bulan Oktober kelak. Sama-sama kita nantikan perkembangannya.


TIPS & ULASAN