Cari @ Amanz

Firefox 6 Versi Akhir Mula Kelihatan Pada Pelayan FTP Mozilla

Oleh Aman

Link Copied!

Sama seperti sebelum ini ketika Firefox 5, kini ianya kelihatan yang mana pelayar web Firefox 6 versi akhir sudah pun mula kelihatan pada pelayan FTP Mozilla. Walaupun ianya sedia dimuat-turun dan digunakan sekarang, namun ianya masih lagi belum dilancarkan secara rasminya oleh pihak Mozilla.

Mozilla dijangka akan melancarkan Firefox 6 pada 16 Ogos ini, iaitu pada hari Selasa kelak. Melalui Firefox 6, pelayar web kesukaan ramai itu terus membawakan peningkatan, yang mana lebih laju, pantas, selamat dan membawakan sedikit perubahan minimal pada antaramukanya.

Kami akan membawakan senarai penuh perubahannya kelak ketika pelancaran rasmi Firefox 6 kelak, dan bagi yang ingin mencubanya terlebih dahulu, boleh memuat-turun pelayar web Firefox 6 terus daripada pelayan FTP Mozilla, dan menggunakannya terlebih dahulu.


Komen ()