Windows Phone Mango Build 7720 Mula Tersebar Di Internet

Windows Phone Mango Build 7720 Mula Tersebar Di Internet

Diterbitkan pada Ogos 14, 2011 oleh .

Ianya masih lagi tidak diketahui bilakah Windows Phone 7.5 Mango akan dilepaskan kepada para pengguna. Namun begitu, menariknya, ianya kelihatan yang mana versi pembangunan Windows Phone Mango RTM – Build 7720 telah pun mula tersebar di internet, dan boleh dicuba oleh para pengguna Windows Phone sedia ada.

Melalui laman terkemuka XDA Developers, ianya memperlihatkan beberapa kaedah untuk menggunakan Build 7720 ini pada peranti anda. Namun begitu, seperti sedia maklum, semua perkara ini tidak ditanggung oleh pihak Microsoft atau pengeluar peranti tersebut, dan segalanya adalah diatas tanggungjawab penuh pengguna itu sendiri.

Microsoft dijangka akan melancarkan Windows Phone Mango kepada para pengguna seawal bulan September ini kelak, dan beberapa peranti dijangka akan diperlihatkan seawal 1 September ini. Sama-sama kita nantikan perkembangannya.


TIPS & ULASAN