Cari @ Amanz

Bagi para pengemar permainan berasaskan FPS, semestinya anda sedang menantikan versi baru Counter Strike yang mana amat popular dikalangan pemain suatu ketika dulu. Kini ianya diketahui yang mana kemaskini kepada permainan tersebut, iaitu Counter Strike : Global Offensive bakal dilancarkan kepada umum pada awal tahun 2012 kelak.

Tambahan lagi, versi betanya dijangka akan dilepaskan pada tahun ini, membolehkan para pemain melihat terlebih dahulu bagaimanakah bentuk permainannya dan mengujinya terlebih dahulu. Buat masa ini, pembangunannya masih lagi dalam peringkat pra-beta.

Ianya diperkatakan yang mana Counter Strike : Global Offensive ini membawakan kemaskini dari segi grafik dan permainannya, selain pada masa yang sama turut menambah beberapa senjata baru pada permainan tersebut.

Counter Strike : Global Offensive juga kelak bakal diperkenalkan pada platform PC, Mac, Xbox Live dan juga PlayStation. Sama-sama kita nantikan berita lanjut mengenainya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd