Google Mula Memfokuskan Penggunaan Google Cloud Print

Google Mula Memfokuskan Penggunaan Google Cloud Print

Diterbitkan pada Ogos 14, 2011 oleh .

Ingatkah lagi anda dengan Google Cloud Print yang pernah diperkenalkan pada tahun lepas. Kini ianya kelihatan yang mana Google mula memberikan perhatian untuknya kembali, dengan memperkenalkan sebuah halaman baru untuknya, beserta memberi penerangan dengan lebih mendalam mengenai perkhidmatan tersebut.

Bagi yang tidak kenali akan Cloud Print, ianya membolehkan anda menggunakan dan berkongsi pencetak di rumah atau dimana saja dengan mudah, terus melalui peranti yang anda sering gunakana, samada tablet, PC, telefon pintar atau apa sahaja. Cetakan dilakukan dengan dihubungkan melalui internet, jadi ianya hanya memerlukan anda mempunyai peranti dengan sokongan internet untuk menggunakan Cloud Print.

Buat masa ini, Google Cloud Print masih lagi tidak digunakan secara meluas. Namun perkara ini mungkin berubah tidak lama lagi, dengan lebih ramai yang mula memfokuskan kepada dunia atas talian.


TIPS & ULASAN