Cari @ Amanz

Xperia Active Di Malaysia Dalam Beberapa Bulan Lagi

Oleh Aman

Link Copied!

Selain daripada Xperia Mini, Xperia Mini Pro yang bakal dilancarkan bulan ini, dan Xperia Ray pada bulan hadapan, Sony Ericsson Malaysia juga turut sama dalam perancangan untuk memperkenalkan telefon pintar Android mereka yang dikhaskan untuk kehidupan aktif dan tahan lasak, iaitu Sony Ericsson Xperia Active.

Buat masa ini, tarikh pelancaran rasminya masih lagi tidak diketahui, dan ianya dikatakan akan dilancarkan dalam masa beberapa bulan lagi. Menariknya mengenai Xperia Active ini adalah dimana ianya tahan lasak, dan kalis air, tidak seperti telefon pintar yang lain. Selain dengan itu, ianya turut didatangkan dengan sokongan ANT+, membolehkan anda menghubungkannya dengan peranti yang disokong untuk mengikuti perkembangan nadi anda.

Selain daripada itu, Xperia Active turut membawakan skrin seluas 3-inci dengan resolusi 320×480 pixel, sokongan Bravia Mobile, kamera 5-megapixel, dan juga Android 2.3 Gingerbread. Harga dan tarikh pelancaran rasminya di Malaysia masih tidak diketahui buat masa ini.


Komen ()