Carian
HTC Evo 3D Di Malaysia Minggu Hadapan?
August 14, 2011 Aman

Nampaknya, selain daripada Sony Ericsson Malaysia yang bakal memperkenalkan beberapa peranti baru sepanjang bulan-bulan akan datang, HTC Malaysia juga tidak ketinggalan, dan menariknya, kini ianya diperkatakan yang mana HTC Evo 3D bakal mula dijual dipasaran tempatan bermula minggu hadapan.

HTC Evo 3D membawakan Android 2.3 Gingerbread, bersama-sama dengan cip pemprosesan 1.2GHz, dan juga Adreno 220 GPU, kamera belakang 5-megapixel, dan juga kamera hadapan 1.3 megapixel. Pada masa yang sama, ianya turut membawakan skrin sentuh 3D LCD seluas 4.3-inci dengan resolusi 540×960 pixel bersama-sama dengannya.

Harga awal yang diperkatakan adalah sekitar RM2199, namun mungkin kita akan dapat melihat harga yang lebih murah apabila ianya diperkenalkan dengan pakej daripada syarikat telekomunikasi tempatan.

Komen