Jolicloud Bakal Melancarkan Aplikasi Android Dan iOS

Jolicloud Bakal Melancarkan Aplikasi Android Dan iOS

Diterbitkan pada Ogos 15, 2011 oleh .

Mungkin ramai sedia kenali akan sistem operasi Jolicloud, yang mana merupakan salah satu sistem operasi terawal yang menumpukan pada perkomputeran awan. Menariknya, kini ianya kelihatan, yang mana pembangun Jolicloud bakal memperkenalkan aplikasi untuk Android dan iOS tidak lama lagi, memudahkan penggunanya mengakses fail dengan mudah dari mana jua.

Sehingga kini, Jolicloud hanya menyokong desktop, notebook dan juga netbook. Malah mereka sendiri dalam perancangan untuk mengeluarkan notebook mereka sendiri. Namun begitu, melalui kemaskini laman mereka, ianya memperlihatkan yang mana mereka bakal menyokong beberapa peranti lain tidak lama lagi, termasuk tablet dan telefon pintar Android dan juga iOS, selain ChromeBook keluaran Google sendiri.

Buat masa ini, ianya masih belum diketahui bilakah aplikasi tersebut akan diperkenalkan. Namun begitu, mereka telah mulakan pendaftaran awal untuk menguji versi betanya, dan mungkin akan diperlihatkan tidak lama lagi. Sama-sama kita nantikannya.

Tips daripada Faiz


TIPS & ULASAN