Cari @ Amanz

Lanjutan daripada penemuan kod untuk panggilan video pada aplikasi Facebook Messenger, kini Skype sendiri mengesahkan yang mana mereka bakal memperkenalkan sebuah aplikasi Skype/Facebook yang membolehkan panggilan mudah-alih, serta juga panggilan berkumpulan melaluinya.

Panggilan Video Facebook Messenger

Selain daripada itu, aplikasi panggilan video pada Facebook juga akan turut ditambah dengan pelbagai perkara menarik lagi, termasuk kebolehan untuk membuat panggilan luar ke nombor talian-tetap dan juga talian mudah-alih terus melalui Facebook. Namun begitu, bilakah kedua-dua perkara ini akan diperkenalkan masih lagi tidak diketahui.

Sebelum ini, Skype dan Facebook telah memperkenalkan fungsi panggilan video pada laman mereka, membolehkan para pengguna Facebook membuat panggilan video bersama rakan-rakan mereka yang lain dengan mudah. Sehingga kini, ianya hanya diperkenalkan kepada lebih kurang 1% pengguna sahaja, dan akan diperkenalkan kepada lebih ramai secara berperingkat dalam minggu-minggu akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd