Carian
Plugin WordPress Yang Tidak Dikemaskini Lebih 2 Tahun Akan Dibuang Dari Halaman WordPress
August 15, 2011 Aman

Salah satu sebab mengapa WordPress berjaya adalah kerana plugin yang dibangunkan oleh pihak ketiga untuknya. Kini, dalam memastikan ekosistem-nya kekal menarik para pengguna, Matt telah pun mengumumkan polisi baru, dimana pembangun plugin diminta mengemaskini plugin sekurang-kurangnya 2 tahun sekali.

Melalui polisi baru itu juga, sekiranya plugin tersebut tidak dikemaskini untuk lebih daripada dua tahun, maka ianya akan disembunyikan daripada halaman repo untuk plugin WordPress, dan para pengguna tidak akan menemuinya walaupun melakukan carian melalui laman WordPress.

Perkara sama juga dijangka akan diperkenalkan pada tema-tema pada halaman WordPress. Ini sekaligus akan memudahkan para pengguna, dan pada masa yang sama memastikan plugin dan tema tersebut serasi dan dioptimasikan dengan WordPress versi terkini.

Komen