Lebih 14.7% Daripada Laman Web Di Internet Menggunakan WordPress

Lebih 14.7% Daripada Laman Web Di Internet Menggunakan WordPress

Diterbitkan pada Ogos 15, 2011 oleh .

Jikalau sebelum ini, pada tahun lepas, Matt mengumumkan yang mana hanya sebanyak 8.5% laman web didunia dijana oleh WordPress, kini pada tahun ini, angka tersebut memperlihatkan peningkatan drastik, dimana kini ianya dikatakan sebanyak hampir 14.7% daripada laman web seluruh dunia dijana menggunakan WordPress.


Matt pada WordCamp San Francisco [via]

WordPress 3.2 yang dilepaskan baru-baru ini sendiri memperlihatkan lebih daripada 500,000 muat-turun dalam tempoh kurang dua hari. Selain daripada itu, Matt Mullenweg turut berkongsikan data, memperlihatkan yang mana sehingga kini, sudah lebih 200 juta kali plugin dimuat-turun daripada laman rasmi WordPress.

Matt turut mengatakan yang mana, kini, daripada 100 nama domain baru yang didaftarkan, hampir 22 daripadanya menggunakan WordPress dalam pembangunan web tersebut. Ianya sekaligus memperlihatkan yang mana WordPress kini semakin popular penggunaannya di seluruh dunia.

Adakah angka ini akan terus berkembang pada tahun hadapan?


TIPS & ULASAN