Setiap syarikat pembangun perkakasan elektronik semestinya mempunyai pelbagai prototaip yang diuji secara dalaman, dan menghentikannya sebelum memperkenalkannya kepada orang ramai. Ianya termasuk Apple, dimana kini diperlihatkan yang mana Apple pernah menguji MacBook Pro dengan sokongan 3G pada tahun 2007 dulu.
Melalui jualan dihalaman eBay, ianya memperlihatkan sebuah prototaip ringkas MacBook Pro dengan integrasi sokongan 3G, yang mana didatangkan dengan antena 3G dan juga slot khas kad-SIM padanya. Berkemungkinan pembangunan MacBook tersebut dihentikan kerana faktor rekabentuk dan juga sebagainya.
Tetapi, kini dengan dunia yang beralih ke arena mudah-alih dan sebagainya, serta beberapa laptop yang didatangkan dengan integrasi WiMAX dan sebagainya, adakah kita akan melihat MacBook dengan integrasi 3G diperkenalkan kepada semua?
Tips daripada Arif.