Cari @ Amanz

Setelah memperkenalkan Adobe Edge, kini hari ini, Adobe terus memperluaskan tawaran aplikasi rekabentuk web mereka, dimana hari ini mereka memperkenalkan aplikasi baru bernama Muse yang mana dibangunkan menggunakan platform Adobe Air mereka sendiri.

Melalui Adobe Muse, ianya membolehkan para pembangun web membangunkan rekabentuk sesuatu laman web dengan mudah, seperti mana menggunakan InDesign ataupun Illustrator. Secara ringkasnya, ianya terdiri daripada empat tugas utama, iaitu, Plan, Design, Preview dan juga Publish, sekaligus memudahkan sesiapa sahaja membuat rekabentuk laman web dengan mudah dan pantas, tanpa perlu mengetahui pelbagai perkara mengenai pengaturcaraan.

Buat masa ini, Adobe Muse masih lagi pada peringkat Beta, dan mereka yang berminat boleh memuat-turunnya melalui halaman rasmi Adobe Muse, dan mula menggunakannya hari ini. Buat masa ini, versi beta ditawarkan secara percuma, dan kelak ianya akan menjadi aplikasi berbayar daripada Adobe.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd