Carian
Ubuntu 11.10 Akan Menggunakan Thunderbird Sebagai Klien Emel Utama
August 15, 2011 Aman

Setelah sekian lama menggunakan Evolution, kini bermula daripada Ubuntu 11.10 kelak, klien emel utama yang akan disertakan bersama-sama dengan sistem operasi sumber terbuka tersebut kelak adalah Mozilla Thunderbird. Thunderbird juga kini dalam proses untuk diintegrasikan bersama-sama persekitaran Unity pada Ubuntu.

Bagi yang pernah mencuba versi pembangunan Ubuntu 11.10 Alpha sebelum ini, semestinya anda telah melihat Thunderbird disertakan bersamanya sebagai klien emel utama. Ianya diperkatakan ketika itu hanyalah pada proses ujian, dan sekadar mendapatkan maklumbalas pengguna. Namun, kini perkara ini telah disahkan sepenuhnya.

Seperti sedia maklum, Thunderbird kini turut sama menggunakan latar masa pembangunan pantas, sama seperti Firefox, dimana kini Thunderbird 6 sedang dibangunkan. Mungkin ini merupakan salah satu perkara mengapa pihak pembangun Ubuntu memilihnya sebagai klien emel utama.

Komen