Selepas mengesahkan Asus Padfone yang bakal menggunakan Android IceCream Sandwich pada minggu lepas, kini, pada hari ini Asus memperlihatkan satu lagi tablet baru daripada keluarga EeePad mereka. Melaluinya, ianya membawakan skrin seluas 10.1-inci, menggunakan Android 3.1, dan cip pemprosesan dwi-teras NVIDIA.
Menariknya adalah dimana ianya turut sama membawakan papan kekunci boleh luncur, yang mana membolehkan anda menggunakan tablet dalam bentuk laptop dengan mudah, selain turut didatangkan dengan port USB terbina padanya. Ianya turut didatangkan bersama-sama dengan kamera hadapan 1.2 megapixel dan kamera belakang 5-megapixel padanya.
Pelancarannya di Malaysia masih lagi tidak diketahui buat masa ini, namun mungkin akan dilancarkan sebelum penghujung tahun ini.
Oleh Obefiend