Google semestinya boleh dikatakan telah berjaya melalui Android, dan menariknya, hari ini mereka mengumumkan yang mana Google bakal mengambil-alih Motorola Mobility, sekaligus pada masa yang sama, terus menginovasikan arena telekomunikasi dunia melalui produk-produk keluaran Google Motorola.
Motorola merupakan antara pengeluar peranti mudah-alih yang turut sama menggunakan Android dalam peranti keluarannya. Walaupun Google mengambil-alih Motorola Mobility, ianya mengatakan yang mana Motorola terus akan dijalankan sebagai perniagaan berasingan.
Dengan pengumuman ini, ianya semestinya memberikan lagi persaingan sihat antara Apple dan juga Google, disamping mungkin kita akan dapat melihat lebih banyak peranti Motorola yang lebih menarik dan berkualiti tinggi selepas ini.