Nampaknya, lebih awal daripada apa yang dijanjikan, kini MyEmail telah pun membuka versi beta mereka kepada orang ramai, membolehkan mereka mengakses dengan mudah. Selain itu, halaman pendaftaran juga kelihatan tidak memerlukan penggunaan biometrik seperti diperkatakan sebelum ini, namun masih memerlukan pengguna memasukan nombor kad pengenalan.
Pada masa yang sama, ianya juga turut kelihatan yang mana halaman utama MyEmail turut didatangkan dengan pautan ke Marketplace. Namun begitu, buat masa ini, tiada sebarang tawaran menarik yang kelihatan melaluinya.
Bagi mereka yang berminat, boleh mendaftarkan diri pada MyEmail Beta, dan mula menggunakan perkhidmatan emel 1Malaysia yang dibangunkan oleh Tricubes dan juga menggunakan platform Microsoft ini.