Nampaknya, walaupun pihak MyEmail membolehkan pendaftaran akaun baru mereka dengan mudah, tanpa memerlukan sebarang penggunaan peranti tambahan, namun begitu untuk mengakses perkhidmatan MyEmail, para pengguna masih perlu mengesahkan identiti mereka dengan mengaktifkannya melalui penggunaan biometrik.
Selain daripada itu, memandangkan ianya masih lagi pada peringkat pembangunan, MyEmail masih tidak menyatakan dimanakah para pengguna boleh mengaktifkan akaun mereka. Pada masa yang sama, terma dan syarat juga turut tidak disertakan dalam bahasa Malaysia, sebaliknya hanya pada bahasa Inggeris sahaja buat masa ini.
Secara rambangnya, ianya juga turut sama kelihatan yang mana laman tersebut masih lagi belum siap dibangunkan sepenuhnya, termasuk masih tidak boleh mengakses halaman profail sendiri untuk mengubah kata laluan dan sebagainya.
Tricubes melalui pembukaan pendaftaran MyEmail Beta ini mensasarkan sebanyak 20,000 orang pengguna, sebelum ianya dibuka dengan lebih meluas lagi. Sama-sama kita nantikan perkembangannya.
Terima kasih kepada @Prasys