Aplikasi Harian Metro, NST, Dan Berita Harian Untuk Android 3.0 Dilancarkan

Aplikasi Harian Metro, NST, Dan Berita Harian Untuk Android 3.0 Dilancarkan

Diterbitkan pada Ogos 15, 2011 oleh .

Nampaknya, kini NSTP Media terus memberikan perhatian serius untuk pada dunia digital, dimana selepas memperkenalkan aplikasi mudah-alih Harian Metro, New Straits Times dan juga Berita Harian untuk iPad, kini versi Android yang dioptimasikan untuk tablet turut sama diperkenalkan.

Secara rambangnya, ianya turut membawakan fungsi yang lebih kurang sama seperti pada versi iPad, dimana para pengguna boleh memuat-turun setiap edisi secara percuma, dimana setiap satunya membawakan sokongan media yang diperkaya, dan didatangkan dengan video dan gambar yang lebih menarik berbanding versi cetak.

Para pengguna yang menggunakan tablet Android, ataupun Android 3.0 dan yang terkini boleh memuat-turun aplikasi Harian Metro untuk Tablet, New Straits Times untuk Tablet, dan juga Berita Harian untuk Tablet dengan mudah terus melalui Android Market, secara percuma.


TIPS & ULASAN