Apple Mulakan Ujian Sokongan LTE Pada iPhone?

Apple Mulakan Ujian Sokongan LTE Pada iPhone?

Diterbitkan pada Ogos 15, 2011 oleh .

Apple dijangka akan memperkenalkan iPhone generasi baru, ataupun iPhone 5 sekitar bulan September atau Oktober kelak, dan menariknya, kini diperkatakan yang mana Apple telah bergerak selangkah kehadapan lagi dengan mulakan ujian LTE bersama-sama dengan peranti iPhone mereka dengan beberapa syarikat telekomunikasi di sana.

iPhone LTE

Walaubagaimanapun, berkemungkinan ianya tidak akan diperkenalkan pada iPhone 5, sebaliknya mungkin pada peranti akan datang seterusnya. Ianya diperkatakan yang mana versi pembangunan iOS dalaman memperlihatkan yang mana Apple turut sama menyertakan sokongan LTE padanya.

Beberapa pembangun peranti lain juga turut sama telah mulakan pembangunan peranti yang menyokong LTE mereka tersendiri, dan Samsung merupakan salah satu daripadanya. Namun begitu, ianya mungkin tidak akan dapat digunakan secara meluas buat masa ini. Malaysia sendiri dijangka akan menggunakan rangkaian LTE secara meluas pada 2013 atau 2014 kelak, dengan beberapa syarikat telekomunikasi telah pun mulakan ujian untuknya.


TIPS & ULASAN