Cari @ Amanz

Salah satu perkara yang menjadi tanda tanya apabila Google mengumumkan ingin mengambil-alih Motorola Mobility, adalah berkenaan dengan masa depan pengeluar peranti Android yang lain. Namun begitu, kini ianya kelihatan semua pengeluar menyokong penuh usaha Google untuk mengambil-alih Motorola Mobility dan memperkasakan Android sepenuhnya.

Untuk makluman semua, Motorola Mobility merupakan antara pemegang paten dan portfolio hak cipta yang berjumlah lebih 17,000 dan 7,500 yang masih dalam proses, yang mana terdiri daripada pelbagai teknologi, dari 2G, sehingga ke 4G LTE. Dengan pengambil-alihan hak cipta ini oleh Google, semestinya ianya akan terus memperkasakan Android, dan pada masa yang sama menguntungkan dan melindungi pengeluar peranti yang lain, termasuk Samsung, HTC dan juga yang lain.

Mungkinkah kita akan melihat Android lebih terlindung dan tidak menerima tekanan daripada Apple dengan pengambil-alihan Motorola Mobility oleh Google ini?

Google is about to own the patent to GSM technology. Google’s message to Apple: Push the Android camp any further and the next iPhone may be just WiFi only :Pless than a minute ago via Facebook Favorite Retweet Reply

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd