Mungkin semua penduduk Malaysia telah pun mengenali jenama kasut terkemuka Bata. Tetapi, tahukah anda yang mana kini Bata turut sama membawa perniagaan mereka ke arena atas-talian, dimana kini para pengguna di seluruh Malaysia boleh membuat tempahan kasut terus daripada halaman rasmi Bata, dan mendapatkannya terus dirumah anda secara percuma.
Melalui halaman rasmi Bata Malaysia, kini para pengguna boleh terus memilih kasut kegemaran dengan mudah dan pantas, dan seterusnya membuat tempahan dan bayaran terus melaluinya. Dan menariknya, penghantaran kasut juga ditanggung sepenuhnya oleh pihak Bata, sekaligus memudahkan para pengguna membuat belian terus melalui komputer mereka dari rumah.
Selain daripada Bata, Kamdar turut menyediakan perkhidmatan yang lebih kurang serupa, dan begitu juga beberapa nama besar yang lain. Dan kalau trend ini diteruskan, berkemungkinan kita akan dapat membuat belian pakaian dan aksesori dengan mudah, terus melalui kaca monitor kita. Menarik bukan?
Tips awal daripada @RotiKaya