Carian
Mozilla Ingin Membuang Angka Versi Untuk Pelayar Web Firefox
August 16, 2011 Aman

Seperti semua sedia maklum, kini Mozilla menggunakan latar masa pembangunan yang pantas untuk Firefox, dimana terkini merupakan Firefox 6 yang bakal dilancarkan secara rasminya hari ini. Dan dengan pembangunan yang pantas, kini Mozilla bercadang untuk menyembunyikan angka versi pelayar web daripada kotak dialog About pada pelayar web tersebut.

Secara ringkasnya, kini para pengguna boleh melihat angka versi pelayar web yang digunakan melalui kotak dialog pada tetingkap About. Namun, mungkin pada masa akan datang, ianya akan dibuang, dan digantikan dengan mesej memperlihatkan anda menggunakan angka versi terkini.

Ianya berkemungkinan akan memperlihatkan mesej mengatakan seperti “pelayar web Firefox telah menyemak versi yang digunakan 20 minit yang lepas, dan anda menggunakan versi terkini”. Pada masa yang sama, Mozilla turut mengatakan yang mana kini angka versi pada Firefox tidak membawakan sebarang maksud utama.

Firefox 6 dijangka akan dilancarkan secara rasminya hari ini (walaupun sudah boleh dimuat-turun), dan Firefox 7 akan ke saluran Beta, Firefox 8 ke Aurora, dan pembangunan Firefox 9 akan dimulakan.

Komen