Carian
Microsoft Pernah Turut Sama Berminat Untuk Mengambil-Alih Motorola
August 16, 2011 Aman

Nampaknya bukan sahaja Google yang berminat untuk membeli Motorola, sebaliknya ianya turut disertai dengan Microsoft dan beberapa pihak yang lain. Namun begitu, pembelian oleh Google telah menyelamatkannya daripada paten dan hak cipta Motorola jatuh ke tangan pihak yang lain.

Ianya diperkatakan, salah satu sebab mengapa Motorola Mobility memilih Google dan bukannya Microsoft adalah kerana Microsoft lebih kepada inginkan paten dan hak ciptanya sahaja.

Seperti diperkatakan sebelum ini, Motorola Mobility memegang pelbagai jenis paten dan hak cipta, berjumlah lebih 17,000 yang mana terdiri daripada penggunaan rangkaian 2G hinggalah kepada penggunaan 4G LTE yang masih belum meluas.

Ianya pada masa yang sama, turut diperkatakan yang mana Motorola telah memulakan perbincangan lebih kurang lima minggu yang lalu, dan hanya melibatkan CEO Google sahaja, sekaligus membolehkan berita mengenainya tidak tersebar kepada sesiapa sebelum ini.

Komen