Cari @ Amanz

Sepertimana yang pernah diperkatakan sebelum ini, akhirnya HTC memperkenalkan aplikasi ringkas HTC Unlock Bootloader untuk peranti-peranti baru mereka pada tahun ini. Dan untuk permulaan, hanya beberapa peranti di Eropah sahaja disokong, dan dijangka akan diperluaskan lagi tidak lama lagi.

Ianya merupakan salah satu permintaan tinggi daripada para pengguna HTC untuk memperkenalkan aplikasi untuk membuka Bootloader, dimana ianya akan membolehkan para pengguna untuk mengubah-suai peranti HTC mereka mengikut cita rasa pengguna itu sendiri.

Walaubagaimanapun, seperti semua sedia maklum, pihak HTC sendiri menyatakan yang mana dengan penggunaan Unlock Bootloader tersebut, ianya mungkin tidak meliputi sebahagian daripada perlindungan dan jaminan untuk peranti mereka.

Mungkin kita juga akan dapat melihat lebih banyak peranti dan lokasi yang bakal disokong oleh HTC Unlock Bootloader ini dalam masa beberapa minggu akan datang. Sama-sama kita nantikannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd