Twitter Membuka API Twitter Photos Kepada Para Pembangun

Twitter Membuka API Twitter Photos Kepada Para Pembangun

Diterbitkan pada Ogos 16, 2011 oleh .

Setelah memperkenalkan sokongan dan fungsi memuat-naik gambar terus ke aplikasi rasmi Twitter melalui web sebelum ini, kini hari ini Twitter turut sama mengumumkan pembukaan API kepada para pembangun, sekaligus membolehkan mereka menggunakan fungsi serupa dalam aplikasi mereka.

Twitter Photos

Beberapa aplikasi seperti sedia maklum mempunyai fungsi muat-naik imej padanya, dan sering menggunakan perkhidmatan pihak ketiga untuk hos akan gambar dan imej. Kini dengan pembukaan API oleh Twitter sendiri, ianya akan membolehkan mereka menggunakan perkhidmatan Twitter itu sendiri dengan mudah.

Selain daripada itu, ianya juga diperkatakan yang mana melalui API yang diperkenalkan oleh Twitter itu, ianya juga turut sama memperlihatkan berkemungkinan Twitter turut sama akan menyokong beberapa bentuk media yang lain, termasuk video. Namun ianya masih lagi belum dalam perancangan buat masa ini.

Sama-sama kita nantikan beberapa aplikasi pihak ketiga, selain aplikasi Twitter itu sendiri mula mengintegrasikan sokongan Twitter Photos tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN