Says.com Dilancarkan Dengan Membawakan Konsep Baru Dalam Perkongsian Sosial

Says.com Dilancarkan Dengan Membawakan Konsep Baru Dalam Perkongsian Sosial

Diterbitkan pada Ogos 16, 2011 oleh .

Mungkin semua sedia kenali akan Says.my di Malaysia, yang membolehkan para pengguna tempatan menjana wang dengan berkongsi pautan berkenaan sesuatu perkara bersama rakan-rakan yang lain. Kini nampaknya, perkhidmatan tersebut turut diperluaskan ke Amerika Syarikat dengan membawakan konsep yang baru padanya.

Melalui Says.com, ianya membolehkan anda berkongsi pelbagai pautan bersama rakan-rakan anda yang lain, dan seterusnya melihat apa yang anda telah kongsikan terus melalui halaman khas disana dalam bentuk sebuah galeri yang menarik sekali.

Buat masa ini, Says.com baru memperkenalkan sokongan untuk video, dan dijangka akan memperkenalkan sokongan untuk berita, lagu, dan sebagainya tidak lama lagi. Menariknya lagi adalah dimana mereka turut sama dijangka akan memperkenalkan aplikasi Android, iPhone dan iPad kepada para pengguna tidak lama lagi.

Tips awal daripada @RotiKaya


TIPS & ULASAN