Mungkin ramai pengguna dan yang mengikuti berita mengenainya kenali akan CyanogenMod. Kini menariknya adalah dimana Samsung Mobile telah pun mengambil pembangun CyanogenMod, iaitu Steve Kondik untuk menyertai Samsung sebagai salah seorang jurutera pengaturcaraan, dan akan bekerja dalam menjadikan Android lebih menarik pada peranti Samsung.
Walaubagaimanapun, projek CyanogenMod akan diteruskan seperti biasa, dan tidak akan dihentikan. Dengan ini, mungkinkah kita akan dapat melihat perubahan serba sebanyak pada TouchWiz daripada Samsung tidak lama lagi? Sama-sama kita nantikan perkembangannya.