Pelancaran iPad Dengan Paparan Retina Pada Tahun Ini Dibatalkan

Pelancaran iPad Dengan Paparan Retina Pada Tahun Ini Dibatalkan

Diterbitkan pada Ogos 16, 2011 oleh .

Sebelum ini, ianya diperkatakan yang mana Apple bakal melancarkan iPad baru mereka dengan resolusi skrin yang lebih tinggi. Namun begitu, kini nampaknya, berkemungkinan perkara itu tidak akan terjadi, dan Apple akan hanya keluarkan kemaskini untuk keluarga iPad pada tahun hadapan seperti biasa.

Ianya sebelum ini diperkatakan yang mana Apple akan memperkenalkan sokongan paparan Retina pada iPad baru, dan dikenali sebagai iPad 2+ ataupun iPad 2 HD. Salah satu sebab kenapa ianya dibatalkan adalah diperkatakan disebabkan oleh faktor pengeluaran skrin untuk paparan Retina yang mengambil-masa yang agak lama.

Sekiranya semuanya berjalan lancar, mungkin kita akan dapat melihat iPad dengan sokongan Retina pada tahun hadapan.


TIPS & ULASAN