Seperti mana yang diperkatakan semalam, akaun MyEmail telah pun boleh mula didaftarkan oleh semua. Namun menariknya, kini ada yang sudah dapat mengakses halaman emel dan beberapa perkhidmatan tambahan yang dibawakan oleh MyEmail. Namun tidak seperti semalam, kini ianya boleh diakses tanpa penggunaan biometrik.
Beberapa pengguna yang mendaftarkan pada pagi ini, sudah pun dapat mengaksesnya, dan menggunakannya dengan mudah. Secara ringkasnya, ianya memerlukan para pengguna menunggu emel untuk mengaktifkan akaun tersebut yang mengambil masa hampir 12 jam lamanya. Selain daripada itu, ianya tidak dapat dipastikan bagaimanakah ianya akan berfungsi untuk pengguna tanpa akaun emel sedia ada.
Daripada paparan antaramuka yang diperlihatkan, ianya memperlihatkan yang mana MyEmail menggunakan antaramuka Windows Live sepenuhnya tanpa sebarang perubahan besar kelihatan padanya. Pada masa yang sama, pengguna juga turut ditawarkan perkhidmatan yang sama seperti terdapat pada akaun Windows Live, termasuk akses Skydrive dan lain-lain.
Gambar milik penuh @einztrigger