Cari @ Amanz

Apple Store Malaysia Kini Menawarkan OS X Lion Dalam Bentuk USB Thumbdrive

Oleh Aman

Link Copied!

Mungkin ramai yang masih belum mengemaskini sistem operasi OS X kepada versi terkini, iaitu OS X 10.7 Lion disebabkan ianya tidak ditawarkan dalam bentuk fizikal, sebaliknya daripada Mac AppStore sepenuhnya. Namun, kini ianya berubah apabila Apple sendiri menawarkannya dalam bentuk USB thumbdrive.

Bagi yang berminat sudah boleh mendapatkannya terus daripada Apple Store Malaysia pada harga RM199. Namun begitu, sekiranya anda mengemaskini OS X melalui thumbdrive, maka para pengguna tidak boleh memasang semula sistem operasi mereka menggunakan Lion Recovery, sebaliknya perlu menggunakan thumbdrive tersebut untuk memasang semula.

Seperti sedia maklum, OS X Lion membawakan lebih daripada 250 fungsi baru, termasuk sokongan untuk aplikasi dalam bentuk skrin penuh, sokongan gestures, dan pelbagai fungsi baru yang menarik.


Komen ()