Pengguna Facebook Malaysia Kini Berjumlah Lebih 11.5 Juta

Pengguna Facebook Malaysia Kini Berjumlah Lebih 11.5 Juta

Diterbitkan pada Ogos 16, 2011 oleh .

Nampaknya, akhir-akhir ini, penambahan angka pengguna pada laman sosial terkemuka Facebook agak berkurangan, dimana angka pengguna berdaftar daripada Malaysia baru sahaja melepasi angka 11.5 juta, memperlihatkan peningkatan hanya 500,000 orang pengguna selepas lebih 2 bulan mencapai angka 11 juta.

Sebelum ini, pada enam bulan pertama tahun ini, pengguna Malaysia memperlihatkan peningkatan sehingga 17.91%, iaitu suatu angka yang besar, meletakkan Malaysia di tempat ke-enam dengan angka peningkatan yang tinggi di rantau Asia.

Walaubagaimanapun, akhir-akhir ini, ramai yang mengatakan mula bosan dengan laman sosial terkemuka itu, dengan angka spam pautan yang semakin meningkat dari hari ke hari. Apatah lagi dengan pengenalan pesaing baru, iaitu Google+ beberapa minggu yang lepas.

Namun begitu, Facebook sering membawakan pelbagai perkara baru melalui laman sosial terkemuka mereka itu, dimana baru-baru ini mereka telah memperkenalkan fungsi panggilan video dengan bekerjasama bersama pihak Skype, selain turut memperkenalkan aplikasi Facebook Messenger untuk pengguna iOS dan Android.


TIPS & ULASAN