Seperti setiap tahun, untuk tahun ini juga pihak TIME telah pun mengeluarkan senarai untuk 50 laman web terbaik untuk tahun 2011, serta 25 laman blog terbaik untuk tahun 2011. Namun begitu, ianya lebih bersifat kepada antarabangsa, dan memperlihatkan pelbagai jenis laman dan blog menarik yang diperlihatkan oleh mereka.
Menduduki tangga pertama untuk laman web terbaik tahun 2011 adalah 8tracks. Laman 8tracks ini bergenre-akan muzik dan video, membolehkan para pengguna untuk memilih lagu mengikut citarasa rentak mereka. Ianya juga turut sama membolehkan para pengguna berkongsi lagu-lagu menarik dengan rakan yang lain.
Untuk laman blog terbaik untuk tahun 2011 pula, TIME memilih The Everywhereist, iaitu salah satu laman blog yang memfokuskan kepada pengembaraan dan pelancongan. Ianya merupakan salah satu jurnal perjalanan oleh suami dan isteri, dimana melaluinya mereka merekodkan pelbagai perkara menarik dimana mereka pernah singgah dan lihat. Selain daripada itu, blog daripada bekas editor Engadget, iaitu This Is My Next turut menyertai dalam senarai laman blog pilihan tahun ini.
Jadi, apa pendapat anda mengenai senarai yang dikeluarkan oleh TIME untuk tahun 2011 ini?