Cari @ Amanz

HTC Puccini Bakal Dilancarkan Sekitar Bulan September Atau Oktober?

Oleh Aman

Link Copied!

Selain daripada iPhone generasi baru yang dijangka dilancarkan antara September atau Oktober ini, kini lagi satu peranti baru yang bakal dilancarkan pada tempoh yang serupa adalah tablet 10-inci daripada HTC, iaitu HTC Puccini. Walaubagaimanapun, masih tiada tarikh pasti buat masa ini.

Ianya diperkatakan yang mana HTC mensasarkan untuk melancarkannya pada penghujung suku tahun ketiga, dan awal suku tahun keempat tahun 2011 ini. Dan sekiranya ianya benar, maka mungkin kita akan dapat melihat HTC Puccini ini di Malaysia sebelum tahun ini berakhir.

Sebelum ini, HTC Malaysia sendiri telah mengurangkan harga jualan HTC Flyer, berkemungkinan untuk menarik seberapa banyak pembeli baru, sebelum tablet baru daripada mereka dilancarkan.

Buat masa ini, spesifikasi penuh untuk peranti tersebut masih tidak diketahui sepenuhnya. Namun ianya diperkatakan yang mana HTC Puccini ini akan membawakan Android Honeycomb, bersama-sama dengan cip dwi-teras 1.5GHz dengan memori sebanyak 2GB RAM, serta kamera belakang 8-megapixel. Namun spesifikasi ini masih tidak disahkan sepenuhnya buat masa ini.


Komen ()