Firefox 6 Dilancarkan Secara Rasmi – Menumpukan Kepada Pembangun Web

Firefox 6 Dilancarkan Secara Rasmi – Menumpukan Kepada Pembangun Web

Diterbitkan pada Ogos 16, 2011 oleh .

Seperti mana yang dinantikan, hari ini pihak Mozilla telah pun melancarkan kemaskini pelayar web popular mereka, iaitu Firefox untuk para pengguna Windows, Mac dan juga Linux. Menariknya, melalui versi terkini, iaitu Firefox 6, ianya lebih kepada memberikan perhatian kepada para pembangun web, disamping beberapa perkara baru kepada pengguna.

Firefox 6

Salah satunya adalah dimana menu Web Developer kini memudahkan para pembangun untuk melihat dan membangunkan laman web dengan mudah terus melalui pelayar web Firefox. Ianya juga kini turut sama membawakan beberapa API tambahan pada Firefox, membolehkan pembangun membangunkan pengalaman yang lebih menarik dengan mudah.

Bagi pengguna pula, melalui Firefox 6, ianya membawakan pelayar web yang lebih pantas dan stabil berbanding sebelumnya. Selain daripada itu, ianya turut dioptimasikan untuk pengguna yang menggunakan Panorama. Selain daripada itu, bar URL yang turut dipanggil Awesome Bar kini menumpukan pada nama domain, membolehkan anda mengetahui sesuatu web itu denggan mudah dan senang.

Bagi mengemaskini kepada versi baru, para pengguna boleh klik pada butang “Check for Update” pada kotak dialog About Firefox, ataupun memuat-turunnya secara manual seperti biasa melalui halaman rasmi Firefox.


TIPS & ULASAN