Cari @ Amanz

Selain daripada kemaskini Firefox 6 kepada pengguna Windows, Mac dan Linux, Mozilla turut sama melepaskan kemaskini pelayar web mudah-alih mereka untuk para pengguna Android, dan menariknya, kini aplikasi Firefox untuk Android membawakan antaramuka baru yang lebih menarik dan mudah digunakan.

Selain daripada itu, kini antaramuka Firefox untuk Android turut sama dioptimasikan sepenuhnya untuk pengguna tablet, dan lebih banyak fungsi baru untuk pengguna Android dijangka akan diperkenalkan dalam versi akan datang. Pada masa yang sama, pelbagai fungsi menarik seperti Firefox Sync dan lain-lain turut diperlihatkan pada halaman utama, membolehkan pengguna mengenalinya dengan lebih senang dan pantas.

Bagi para pengguna Android, samada tablet mahupun telefon pintar, anda boleh memuat-turun Firefox untuk Android terus daripada Android Market secara percuma, dan menggunakannya dengan mudah, dan sync bersama-sama dengan pelayar desktop anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd