Hanya Windows 8 Versi Pembangun Akan Diperkenalkan Pada BUILD – Bukannya Beta?

Hanya Windows 8 Versi Pembangun Akan Diperkenalkan Pada BUILD – Bukannya Beta?

Diterbitkan pada Ogos 17, 2011 oleh .

Nampaknya, berkemungkinan kita tidak akan dapat melihat sebarang Windows 8 versi beta dalam masa terdekat ini. Kini, ianya diperkatakan yang mana pada acara BUILD pada bulan September kelak, Microsoft dijangka hanya akan memperlihatkan versi pra-pembangunan sahaja kepada umum.

Walaubagaimanapun, berkemungkinan kita akan dapat melihat Windows 8 Beta pada tahun ini sekiranya semuanya berjalan lancar. Sehingga kini, Microsoft masih lagi tidak mengeluarkan sebarang komen berkenaan dengan sistem operasi generasi akan datang mereka yang bakal diperkenalkan pada bulan September ini.

Awal sebelum ini, Microsoft telah pun melancarkan sebuah blog rasmi untuk Windows 8, membolehkan semua pihak mengikuti perkembangan sistem operasi tersebut dengan mudah. Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut berkaitan Windows 8 pada acara BUILD yang bakal diadakan September ini.


TIPS & ULASAN