Carian
Google Mengemaskini Fungsi Google Sitelinks – Memperlihatkan Sehingga 12 Pautan
August 17, 2011 Aman

Mungkin ramai yang telah perasan akan perubahan pada Google Sitelinks yang baru, dan kini, pada hari ini, Google secara rasminya mengumumkan mengenai perkara tersebut. Melalui rekabentuk baru Google Sitelinks, ianya memudahkan para pengguna untuk membaca, dan klik pada pautan pantas yang mereka inginkan.

Sama seperti pada carian biasa, kini Google Sitelinks dipecahkan kepada dua bahagian, yang mana setiap satu pautan memperlihatkan teks penerangan ianya tersendiri. Selain daripada itu, pautan yang diperlihatkan turut dipertingkatkan daripada 8 ke 12 pautan.

Google mengatakan yang mana rekabentuk Sitelinks yang baru ini akan diperkenalkan kepada semua dalam masa beberapa hari lagi, dan akan menyokong pelbagai pelayar web terkini, termasuk Chrome, Firefox dan Internet Explorer 7 dan ke atas.

Komen