Cari @ Amanz

Seperti mana yang dinantikan, kini Lenovo Malaysia telah pun memperlihatkan harga untuk tablet Lenovo IdeaPad K1 yang bakal dilancarkan dan dimulakan jualan pada hari Khamis ini. Versi WiFi untuk tablet tersebut dijaul pada harga bermula daripada RM1499, dimana untuk 50 pembeli pertama pada hari Khamis ini, peranti tersebut ditawarkan pada harga serendah RM1199.

Selain daripada versi WiFi, Lenovo Malaysia juga turut sama akan menawarkan tablet Android tersebut dalam bentuk 3G. Namun harga dan tarikh ianya akan mula didapati di Malaysia masih tidak diketahui lagi.

Melalui Lenovo IdeaPad K1, tablet tersebut membawakan cip pemprosesan dwi-teras NVIDIA Tegra 2 sepantas 1GHz, Android 3.1 Honeycomb, kamera belakang 5-megapixel dan juga kamera hadapan 2-megapixel untuk panggilan video. Para pengguna yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan tablet ini terus daripada halaman rasmi Lenovo Malaysia, dan dapatkannya dalam harga yang lebih murah sempena dengan tempoh promosi mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd