Cari @ Amanz

Sebelum ini, melalui kemaskini Google Toolbar 7.1 untuk Internet Explorer, Google telah pun memperkenalkan salah satu fungsi baru, iaitu Google Related. Hari ini, Google melancarkannya secara rasmi, dan turut memperkenalkannya pada Google Chrome dalam bentuk extension.

Melalui Google Related, para pengguna akan diperlihatkan dengan kandungan yang berkaitan dengan sesuatu halaman itu terus pada laman tersebut, sekaligus menjimatkan masa anda untuk melakukan carian dan sebagainya.

Buat masa ini, Google masih belum mengumumkan sokongannya untuk Firefox memandangkan Google Toolbar untuk Firefox telah dimatikan sebelum ini. Namun, para pengguna Chrome boleh mendapatkannya dalam bentuk extension, ataupun bagi para pengguna Internet Explorer, boleh mendapatkannya sebagai salah satu fungsi tambahan melalui Google Toolbar.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd