iPhone 5 Bakal Dijual Seawal 7 Oktober Kelak?

iPhone 5 Bakal Dijual Seawal 7 Oktober Kelak?

Diterbitkan pada Ogos 17, 2011 oleh .

Dengan tarikh pelancaran iPhone generasi baru yang masih menjadi teka-teki, kini ianya kedengaran yang mana Apple bakal mulakan jualan iPhone baru mereka itu bermula daripada 7 Oktober kelak. Ianya diperkatakan, Apple sedang berkira-kira untuk melancarkan antara 7 Oktober atau 14 Oktober, tetapi berkemungkinan besar pada 7 Oktober.

iPhone 5

Selain daripada itu, ianya turut diperkatakan yang mana Apple mungkin akan mulakan pra-daftar untuk peranti yang dinantikan ramai itu seawal penghujung September ini. Sekiranya ianya benar, maka berkemungkinan Apple akan memperkenalkannya seawal bulan September ini, dan bukannya seperti mana yang diperkatakan sebelum ini, iaitu sekitar Oktober.

Namun begitu, perkara ini masih lagi pada peringkat ura-ura, dan Apple seperti biasa masih lagi senyap tanpa sebarang komen. Melalui iPhone 5 kelak, Apple dijangka akan memperkenalkan cip pemprosesan baru, iaitu A5, dengan turut membawakan rekabentuk peranti yang baru, serta sokongan kamera 8-megapixel bersama-sama dengannya.


TIPS & ULASAN