Setelah mula memperlihatkan gambar pada halaman utama FourSquare, sekaligus menjadikannya lebih menarik dan interaktif, kini pihak FourSquare turut sama telah mengemaskini aplikasi FourSquare untuk iPhone, menyertakan fungsi yang sama, menjadikan stream aktiviti kini tampak lebih menarik berbanding sebelumnya.
Kini, setiap kali rakan anda daftar-masuk ke sesuatu lokasi, dan menambah gambar padanya, ianya akan diperlihatkan dengan menarik sekali pada aplikasi iPhone dan juga web. Pada masa yang sama, pihak FourSquare turut sama menjanjikan fungsi yang serupa untuk pengguna Android dan juga Blackberry tidak lama lagi.
Bagi para pengguna FourSquare untuk iPhone sedia ada, anda boleh memuat-turun aplikasi tersebut secara percuma terus melalui AppStore, ataupun sekiranya sedia menggunakannya, boleh mengemaskini dengan senang dan pantas, dan mula menggunakan fungsi baru yang didatangkan ini.